"Kematian Salima seolah-olah menguburkan sama hidupku. Tak kusangka, ajalnya juga melahirkan cinta teragungku pada tinggalannya. Namun semuanya berakhir dalam bauran ironi..sayu dan gembira." ~ Sa'adah

TUNJANG SA'ADAH's Fan Box

Friday, November 27, 2009

INFO PRODUKSI

PRODUCTION CREWS

Haizul Anafer Ali - Director
Azrul Abd.Rahim- PM
Norhayatul Syima - AD
Mohd. Adnan - AP
Azhar Aziz - DOP
Azhari Md.Nor - Audio
Asri Kamaruddin - Lighting
Safuan Hadi - Asst. DOP
Darul Nizzam @ D'zam - Propmaster
Ade Putra, Shahrul, Abd Hadi - Asst. Prop
Azly Fatulamry Basri @ Effa - Makeup
Norhanisa Abd.Hamid - Handy/Runner


CASTING

Rozita Che Wan - Sa'adah
Norman Hakim - Tajudin
Nadia Mustafa - Hajar
Shahrulzaman Kamaludin - Haidir
Irma Hasmie - Azlina
Norlia Abdul Ghani - Mak Badar
adik Haykal Iskandar - Alif
Nurul Akma - Salima
Nasir Bilal Khan - Penjaga Kubur (cameo)


SINOPSIS


Kisah ini berkisar di sepanjang kehidupan Sa’adah (33), seorang wanita bujang yang bekerja sebagai orang gaji dimana akhirnya dia dinikahi oleh majikannya sendiri di Kuala Lumpur.

Tajudin (35) ialah majikan Sa’adah juga seorang franchiser restoren makanan segera yang baru sahaja kematian isterinya, Salima (33) kerana sakit barah payudara. Tajudin terpaksa menjaga anak tunggalnya Alif (6) dengan tidak terurus dan mengalami trauma kerana tidak dapat menerima kematian Salima.

Sa’adah yang sudah lama berkhidmat untuk Tajudin, Salima dan Alif terpaksa diberhentikan kerja dan pulang ke kampungnya semula di Perak. Ini adalah kerana Tajudin tidak boleh tinggal serumah dengan wanita bukan muhrimnya walaupun dia sangat memerlukan Sa’adah untuk menjaga Alif.

Sa’adah merasa sedih kerana dia sebenarnya tidak mahu pulang ke kampung semula sebab hubungan dingin dengan kakak iparnya, Hajar (28). Ini semua berpunca dari sikap ‘queen control’ Hajar terhadap abang kandungnya, Haidir (35). Tambahan lagi Hajar sedang cuba sedaya-upaya menyuruh suaminya meminta Sa’adah menukarkan nama di atas geran tanah pusaka yang dimiliki mereka adik-beradik. Hajar mahu pajakkan geran itu kepada pihak bank untuk keperluan nafsu kewangannya. Sebagai jalan keluar, Sa’adah nekad untuk memohon kerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang dan setuju untuk tukarkan geran itu sepenuhnya kepada nama Haidir.

Ibu kandung Tajudin, Mak Badar (60) risaukan masa depan cucunya setelah ketiadaan Salima dan Sa’adah. Mak Badar sedar bahawa dia tak mampu menjaga Alif kerana masalah kesihatannya yang mengidap penyakit darah tinggi dan semakin uzur.

Pada waktu yang sama, seorang ejen insuran, Azlina (28) yang menguruskan tuntutan insuran nyawa Salima yang bernilai RM500 ribu semakin intim merapati Tajudin. Mak Badar gusar dengan sikap miang Azlina lalu memujuk Tajudin untuk menikahi Sa’adah kerana Alif sangat memerlukan Sa’adah sebagai ibu ganti. Tajudin tiada pilihan lain.

Akhirnya Tajudin terpaksa melamar Sa’adah pada hari pemergiannya ke Pulau Pinang. Namun pernikahan itu tanpa sebarang perasaan cinta hanyalah bulat-bulat kerana kepentingan hak penjagaan Alif sahaja. Sa’adah kembali ke Kuala Lumpur bergelar seorang isteri dan ibu tiri. Perkahwinan ala kontrak Tajudin-Sa’adah itu menimbulkan satu-persatu konflik rumahtangga yang menjadi serius hari demi hari.

Saksikanlah kesudahan kisah Tunjang Sa'adah ini di slot cerekarama TV3 akan datang Sabtu, 14 November 2009, pukul 10 malam!

WATAK DAN PERWATAKAN

SA’ADAH (33 tahun)
Seorang wanita kampung tetapi mudah menyesuaikan diri dengan gaya hidup di bandar. Berjiwa kental, penyabar, penyayang dan berdikari. Suka memasak dan pandai mencipta resepi baru. Berkawan rapat dengan Salima semenjak kecil sehingga sanggup menjadi orang gaji Salima kerana mahu menjaga kebajikan Salima sekeluarga terutamanya menjadi penjaga Alif. Sikapnya disenangi oleh Mak Badar, ibu kandung Tajudin. Tidak disukai oleh Hajar, kakak iparnya kerana konflik kekeluargaan. Rela bernikah dengan Tajudin kerana terlalu sayangkan Alif dan juga kerana tidak mahu tinggal di kampung bersama Hajar. Dia adalah contoh seorang isteri dan ibu mithali.

TAJUDIN (35 tahun)
Seorang franchiser restoren makanan segera yang tegas, ego dan panas baran. Sangat sibuk menguruskan perniagaannya sehingga kurang menumpukan perhatian kepada keluarga terutamanya Alif. Menjadi trauma dan hilang arah hidup setelah kematian Salima. Menikahi Sa’adah atas dasar tiada pilihan terbaik lain untuk penjagaan Alif dan setelah dipujuk oleh Mak Badar. Awalnya, dia tidak langsung mencintai Sa’adah malahan masih menganggapnya sebagai orang gaji bukannya status isteri. Akhirnya menyedari kesilapannya dan menyanjung pengorbanan Sa’adah tetapi sudah terlambat.

HAJAR (28 tahun)
Seorang wanita yang boros, queen-control, suka berhutang, bercakap nyaring, kasar, penghasut, pendengki dan pemalas. Tidak menyukai Sa’adah tinggal di kampung bersamanya kerana takutkan Sa’adah mengambil semula rumah dan tanah pusaka milik Sa’adah yang hendak dipajakkan olehnya.

AZLINA (28 tahun)
Seorang wanita yang moden, gatal, seksi, petah bercakap dan bekerja sebagai ejen insuran nyawa untuk tuntutan kes kematian Salima. Tidak disenangi oleh Mak Badar kerana sikap gediknya. Suka melayan kerenah Tajudin hanya atas dasar hubungan ejen-pelanggan insuran sahaja. Sebenarnya dia merahsiakan rasa simpati dan tanggungjawab terhadap keluarga Tajudin tanpa pengetahuan sesiapa pun.

MAK BADAR (60 tahun)
Seorang wanita tua yang sangat sayangkan cucunya, Alif. Mengidap penyakit darah tinggi yang serius dan tinggal serumah dengan Tajudin. Cuba memujuk Tajudin sedaya-upaya untuk menikahi Sa’adah demi menyelamatkan masa depan Alif. Tidak menyenangi sikap Azlina yang gatal.

HAIDIR (35 tahun)
Seorang lelaki, suami dan abang kandung Sa’adah yang menjadi mangsa di tengah-tengah konflik di antara Sa’adah-Hajar. Tidak berpendirian tegas dan mudah terhasut dengan desakan isterinya.

ALIF (6 tahun)
Seorang budak lelaki yang manja dan petah bercakap. Tidak begitu mesra dengan bapa kandungnya, Tajudin. Sangat sayangkan Sa’adah seperti ibu kandungnya sendiri. Hubungan Alif-Sa’adah sangat rapat kerana kebanyakan masa dia dipelihara oleh Sa’adah sejak dilahirkan. Kerana hubungan itulah menjadi alasan kukuh kenapa Sa’adah terpaksa dinikahi oleh Tajudin.

PELAKON-PELAKON TAMBAHAN

SALIMA (30an)
- cameo dalam rakaman video perkahwinan Tajudin-Salima.
- cameo seakan ‘hantu’ semasa Tajudin pulang dari kerja yang sebenarnya ialah Sa’adah.
- terpampang dalam gambar-gambar keluarga Tajudin di dinding rumah.
PENJAGA KUBUR
PELAYAN RESTORAN
PEMANDU BAS
PEMANDU TEKSI
ORANG-ORANG KAMPUNG – majlis tahlil
WANITA & ANAK LELAKINYA – dalam Kancil


*dirakam oleh batangkali02

Thursday, November 26, 2009

ulasan oleh razor

REF: esoklusa.blogspot.com

tunjang sa'adah

lambat giler aku nak update. kalau tak buat ni memang aku nak kena pukul dengan tukul besi ngan ajami. dua minggu lepas dapat sms dari ajami. eleh, kalau takde sms tu, aku memang perasan yang penulis skrip nama ajami hashim tulisan kaler pink besau2 kat skrin. hehe. pis yaw!

mula2 aku nengok nama ajami as scriptwriter, terus aku lari2 cari hp. dah budget dah musti ajami sms punya. nasib aku takde kredit nak reply. kalau tak, mesti ajami bangga ada kawan macam aku. haha. so, dengan muka tak malu aku buat review ala2 family man yang selalu tengok cerekarama.

kena tegur dulu.
1- rozita che wan memang terlalu cantik dan menggoda untuk jadi orang gaji.
2-aku yang terkeliru atau aku yang tak tumpu perhatian-mama norlia tu mak norman hakim ke mak mertua? kejap ada kejap takde kat umah besau tu..

kena puji la pulak.
1-watak irma memang bersahaja. peguam yang cun dan sempoi.
2-takde cliche mcm kita selalu tengok-mungkin ni karya pertama dan kompom la ajami buat sehabis baik. tapi masih ada lubang sana sini. orang dalam industri mungkin lagi paham. cuma cerita yang di ceritakan semula oleh irma tu agak mengejutkan pasal plan norman hakim. rasanya tak pernah berlaku dalam cerekarama cerita penghujung jadi macam tu. tapi part ending main tulis2 tu tak berapa nak gemarlah. memang syarat slot cerekarama panjang tu je kan? apa boleh buat. mana2 yang terlebih kenalah taip cerita kasi paste kat skrin tv...untuk watak abang dan kakak ipar rozita che wan pun ok. isu pun ok. org melayu mmg tak lari ngan isu tanah2 ni. tapi tak terpk pulak ajami boleh pk nak angkat watak orang gaji. rasanya kalau ambik dian sastrowadoyo pun ok gak kan mi? ye lah, org kita kan pakai orang gaji dari indon. hehe. eh orang gaji pulak. pembantu rumah!

sinop dari kaca mata razor:
kisah pembantu rumah orang kita yang cun nampaknya perlu tamat setelah kematian isteri tuannya. walaupun berat hati untuk meninggalkan anak yang di asuh (mana dapat walkie talkie tu ha? memang cun la idea tu. akhirnya benda tu alah jugak yang menyebabkan norman hakim terjatuh). si pembantu rumah itu akhirnya pulang juga ke kampung halaman. ada konflik antara ketamakan isteri dan suami yang ngok tidak sedikit pun menjejaskan emosi si gadis tabah. nak di jadikan cerita oleh kerana mama norlia ni berkenan sangat dengan rcw, norman pun kahwinlah dengan rcw. norman yang memang dah nak tak nak tu kat rcw di jadikan satu scene bertemu buku dengan ruas (anak duk kat luar pagar, rcw kat dapur duk bergayut kat tepon, masakan dah hangus, ari jadi norman lak tu, bercakap dalam tepon pasal pujuk2 suami dia nak pinjam duit). ending dia? korang dah tengok.

syabas ajami!

p/s: tahu tak kebanyakan orang bila tengok cite best diorang akan cakap, "korang tengok tak citer xyz belakon semalam? best kan?" tak pasal2 pelakon dulu yang kena puji. padahal ajami yang duk bersengkang mata. err...bila nak belanja makan? kalau makan2 kat umah kak nurul macam ari tu pun ok apa? hehe.

Wednesday, November 18, 2009

Fragmen: Solekan pelakon jejas kualiti drama, filem

REF: BERITA HARIAN

Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my

PADA Ahad lalu, dalam masa terluang pada hujung minggu sempat juga menonton telefilem berjudul Bahang Ravina yang disiarkan menerusi slot Tele Prima di Astro Prima jam 9.30 malam.

Telefilem ini agak menarik, mengisahkan Vina seorang anak yang taat dan patuh kepada ibu bapanya. Dia datang daripada keluarga sederhana. Di sekolah, Vina seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, tetapi dia tidak mempunyai ramai kawan kerana kebanyakan rakan sekolahnya anak orang kaya.

Perangai Vina mula berubah apabila dia mula terpengaruh dengan kehidupan mewah rakannya. Keadaan semakin rumit apabila dia dijanjikan Danny untuk menerbitkan album. Vina yang gembira dengan janji itu meminta kebenaran ibu bapanya. tetapi permintaannya mendapat tentangan keras.

Ibu bapanya melarang Vina daripada berjumpa dengan Danny lagi. Hubungan mereka sekeluarga menjadi lebih tegang sehinggalah Vina mengambil keputusan keluar rumah untuk bersama dengan Danny dan juga untuk merealisasikan impiannya dalam bidang muzik. Ayah Vina yang selama ini curang dengan ibunya mula sedar kesalahannya dan kembali ke pangkuan keluarga.

Lakonan Nabila Huda sebagai Vina seorang gadis yang lembut kemudian berubah watak menjadi kasar memang sangat berkesan. Cuma yang menjadi tanda tanya apabila melihat Jasmin Hamid yang memegang watak sebagai ibu.

Bukan kerana lakonannya sebagai ibu tidak bagus, tetapi penampilan Jasmin sangat berlebih-lebihan dan tidak realistik. Apa tidaknya, Jasmin dalam telefilem hanyalah seorang wanita kampung yang hidup serba sederhana. Tidak mungkin wanita kampung memakai bulu mata palsu yang tebal dengan rambut warna keperang-perangan.

Mungkin sebelum membintangi telefilem Bahang Ravina, Jasmin Hamid juga terbabit dalam produksi lain sehingga tidak sempat untuk menukar bulu mata dan memakai rambut palsu.

Terdahulu, pada hari Sabtu, menonton telefilem Tunjang Sa’adah dalam slot Cerekarama di TV3. Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Rozita Che Wan, Norman Hakim Nadia Mustapha, Irma Hasmie dan Norlia Ghani. Ceritanya mengenai Sa’adah yang diberhentikan kerja oleh Tajudin yang kematian isterinya, Salima.

Tema keseluruhan drama ini masih berlegar-legar kepada perebutan harta, wang selain berkaitan dengan cinta. Kali ini penampilan Rozita Che Wan sebagai Sa’adah agak berlainan dengan telefilem ini apabila dia tidak bersolek tebal seperti dalam drama lakonannya sebelum ini. Cuma watak Sa’adah yang asyik menangis sangat melemaskan. Begitu juga dengan gelagat Sa’adah asyik mendail telefon bimbit sedangkan dia tahu Tajudin sudah mematikan telefon bimbitnya.

Apabila kita memerhati drama atau telefilem tempatan, bukan cerita yang jadi masalah, tetapi tingkah laku pelakon yang tidak kena dengan gaya. Ini lebih-lebih lagi kepada pelakon wanita yang asyik nak dilihat cantik sepanjang masa walaupun dalam babak di dapur, sedang menyapu di halaman rumah di kampung dan banyak lagi.

Penontonnya bukan bodoh sehingga tidak boleh membezakan pelakon yang memakai rambut palsu yang keras, kaku atau sentiasa elok saja walaupun dalam babak baru bangun tidur.

Paling lucu apabila pelakon wanita yang memakai bulu mata palsu ‘tiga tingkat’ sekalipun hidupnya susah atau sederhana dan hanya menjadi tukang jahit seperti yang ditunjukkan oleh Jasmin Hamid dalam Bahang Ravina.

Gelagat pelakon wanita yang sentiasa nak ‘control’ cantik tanpa mengira apa watak yang dipegangnya ini memang pelik dan melucukan. Wataknya sedih. Lakonannya bagus tetapi kita rasa nampak lucu pula apabila melihat aksi pelakon wanita ‘control’ cantik ini kerana walaupun melakonkan watak wanita kampung yang daif, tetapi mereka tetap cantik dengan bulu mata yang tebal, rambut keperang-perangan dan solekan tebal berlapis-lapis.

Inilah realiti pelakon wanita kita. Kita tidak tahu adakah ini menonjolkan kebodohan atau kejahilan pelakon itu sendiri dalam menghayati serta memahami watak yang diberikan? Atau apakah ini disebabkan kegagalan pengarah, penerbit , penolong penerbit, penata seni, busana, jurusolek, bahkan pihak stesen sendiri mengawal serta memerhati gaya penampilan seseorang pelakon yang tidak kena pada watak yang dibawakan?

Bagi adegan di kampung, sering kita lihat babak ‘menyapu setempat’, baju yang tidak kedut langsung mungkin pakaian yang dipakai baru dibeli dan sebagainya.

Dalam Bahang Ravina juga kita sekali lagi dipaparkan babak klise iaitu Fauzi Nawawi memarahi Nabila. Kenapa untuk babak marah ini, Fauzi mesti hendak menengking sekuat hati sedangkan orang yang dimarahi hanya berada di depan mata? Manakala dalam Tunjang Sa’adah, ada juga babak menimbulkan tanda tanya apabila Tajudin (Norman Hakim) bermalam di rumah Azlina (Irma Hasmie)?

Ia babak yang sangat mengelirukan kerana Tajudin memberhentikan Sa’adah selepas kematian isterinya kerana tidak mahu bersama wanita bukan muhrim tinggal serumah.

Perkara ini nampak remeh, tetapi sebenarnya ia menunjukkan kecuaian pengarah dan rasa tidak tanggungjawab pelakon terhadap watak atau peranan yang diberikan. Bagi kebanyakan pelakon, mereka hanya tangkap muat dan buat ikut suka hati tanpa memikirkan watak yang mereka sandang itu sepatutnya perlu disesuaikan dengan keadaan sekeliling, suasana dan masa.

Oleh itu, walaupun ia tidak membabitkan isu sensitif, tetapi pihak stesen TV juga harus memantau perkara ini supaya aspek ‘kejahilan’ ini tidak terlepas pandang atau terus disiarkan seolah-olah hendak memperbodoh-bodohkan penonton pula. - zainuri@bharian.com.my

Monday, November 16, 2009

ulasan oleh fid @ yuitsumuni.com

REF: yuitsumuni.com

Cerita ini aku kira agak TAK logik langsung hahahahahaa
sebab SEMUA mati! dan mudah sungguh ending dia..hukhukhuk
cuma yang nak aku katakan di sini my SON cried watching this drama..
kenapa?
kerana dia kata dia bayangkan kalau mommy daddy dia mati! ‘masuk’ tanah siapa nak jaga dia!
lebih lebih lebih lagi..kalau mommy tak ada dia nak hanen macam mana???
hahahaha
itu yang dia fikir tapi serius anakku menangis……
ok sipnosis tunjang Saa’dah
Saa’dah adalah pembantu rumah Salima dan Tajuddin
Apabila Salima meninggal dunia atas desakan ibunya dan memikirkan Alif anaknya Tajuddin menikahi Saa’dah.
Tajuddin masih ingatkan Salima dan salah sangka Saa’dah memakai kain batik Salima…dia memarahi Salima.
dan bertekak dengan ibunya.Ibunya kena serangan stroke.Meninggal.
Tajuddin jatuh terhentak ketika hendak keluar dari rumah dan ketika didalam keadaan koma Hajar iaitu kakak ipar saa’dah telah membunuhnya kerana inginkan wang!

Sunday, November 15, 2009

ulasan oleh Sunflower

REF: hanyaakukekasihmu.blogspot.com

Cerita cerekarama malam nie yang aku tonton seorang diri. Agak sedih jugak cerita ini. Aku suka watak yang dibawa oleh Rozita Che Wan tue. Senang cakap aku memang suka lah pelakon nie. Kenapa? Dia sangat cantik bagi aku, muke dia bersih. Emm yea… mungkin sebab mekap. Tapi bagi aku kalau dia tak bersolek pun dia tetap cantik. Body dia tak payah cakap lah solid beb… Aku nak body macam dia satu hari nanti. Insyaallah… Berbalik pada cerita tadi ekk, cerita nya agak sedey. Dia berkahwin dengan majikannya yang baru sahaja kematian isteri tersayang. Perkahwinan majikan dan Sa’adah adalah demi seorang anak kecil yang bernama Aliff. Hanya Sa’adah yang pandai menjaga Aliff dan segala urusan rumah dia pandai buat. Dah lah cantik, pandai pulak uruskan rumah dan suami. Emmm… Bagi Sa’adah, suami adalah segalanya tapi tak sangka pulak niat disebalik hati suaminya. Suami beliau hanya menganggap beliau penjaga kepada anak dan ibu beliau sahaja. Lelaki kan~~~ no komen lah kan, mungkin kerana suami beliau terlalu sayangkan wife dia yang pertama sehingga sanggup perpakat dengan ‘beloved agent insurance’ dia nak lari ke oversea dengan duit insurance wife yang pertama. Siapa ‘beloved agent insurance’? ha nak tau siapa dia, watak tersebut dia bawa oleh Irma. Alah awek si Nabil tue. Dalam cerita ni, Irma pun cantik jugak. Kelakar pun ada si Irma dalam cerita ni, tapi dia baik pada penghujung cerita nie. Si Irma ni lah yang menjadi pasangan kepada si suami yang dilakonkan oleh Norman Hakim untuk lari ke oversea dan meninggalkan segala tanggungjawab kepada si Sa’adah untuk menjaga anak dan juga mak dia. Dalam cerita ni jugak ada kakak ipar yang sangat jahat pada aku. Nak duit duit duit$$$$$$$$ dah lah semua harta Sa’adah dia dah suro laki dia amik iaitu abang along kepada Sa’adah. Aku tak pasti siapa yang melakonkan watak tersebut…. Kakak ipar Sa’adah jugak lah yang telah membunuh laki Sa’adah dengan mematikan suis oksigen beliau setelah koma akibat jatuh terpijak ‘walkie talkie’ si Aliff. Dan ketika itu lah si Irma menceritakan segalanya kepada Sa’adah yang hakikatnya si Norman tue dah jatuh cinta dengan Sa’adah dan sukar untuk terima hakikat. Apa yang sedih bagi aku dalam cerita nie satu jer “susah kalau otak orang gaji nie, tak reti nak hormat barang orang lain”. Itulah ayat yang diucapkan oleh Norman dalam cerita ini, kalau aku dah lama rasanya tersentap jantung di hati. Ini semua terjadi sebab si Norman tue ingat Sa’adah tue pakai kain batik milik arwah isteri dia, sedangkan kain batik tue Sa’adah beli sendiri. Manusia… Manusia… Kadang-kadang kalau kita sayang sangat kat seseorang tue pun payah kan? Apa pengajaran yang boley di ambil dari cerita ini ialah sayang seseorang itu dengan berpada-pada dan jika orang yang kita tue dah pergi meninggalkan kita dan di saat itu kita rindukan dia adalah lebih baik jika kita bacakan surah Yassin dan surah Al-Fatihah untuk dia. Aminnn...

ulasan oleh mysuperkids.net

REF: mysuperkids.net

Pertama kali saya membuat review tentang drama TV.

Kali ni sebab saya TERTENGOK drama ni. Dan disebabkan si SA’ADAH inilah kami terlambat keluar pekena tauhu bakar di Rasta @TTDI. Keadaan2 ini telah memaksa saya untuk menulis serba sedikit tentang drama yang membuat saya berasa “Kalaula aku kuar je tadi pi cari tauhu bakar yang sedap itu..”

Pendekata,

Hatiku terubat la dengan Rozita Che Wan. Saya suka dia sebab dia cantik macam saya.

Wah, ada blog lagi! Di Tunjang Sa’adah. Nak baca sinopsis (kalau terlepas) bole baca je kat website itu.

Review Saya:

1. Watak Orang Gaji : Ada lagi ke manusia bernama gadis Melayu Malaysia yang jadi orang gaji/pembantu rumah/maid zaman sekarang ni? Kawan baik pun, sanggup ke jadi orang gaji? Kalau ada saya nak sorang. Kawan2 saya kan, saya offer gaji 2 kali ganda maid foreigner pun taknak. Apa punya kawan daaaa. Cuba korang contohi Sa’adah ni.

Kok ye pun carila yang muka ala2 pecah pintu sikit. Ada la jugak kesan dramatik kalo Tajudin taknak kawen dengan dia, sebab dia huduh. Tapi.. pelakon Malaysia semua lawa2 kan mana ada yang rupa pecah pintu hehe. Kang amik Diana Danielle kang melampau la pulak kan.

2. Watak Orang Gaji Yang Lawa Macam Saya : Kenapa dia nak sangat jadi orang gaji? Orang gaji kene duk rumah orang siang malam tak bebas. Baik dia jadi cikgu tadika. Malam2 bole dating dengan boifie.

Melainkan kalau dia huduh, gemuk, loser, mungkin la dia seronok jadi orang gaji. Kalau miskin pun, muka lawa camtu takkan le takde orang kampung dia teringin nak jadikan isteri yang sah.

3. Alif : Langsung dia tak ingat kat mak dia ke? Memang ada ek budak macam ni? Sebaik mana dengan orang gaji, sampai langsung tak ingat kat mak sendiri? Tak ada sedih2 or tanya2 pasal mak dia? OK la mungkin dia dah faham yang mak dia dah pergi takkan kembali lagi… Bagus budak ni.

4. Watak Lelaki Anak Soleh : Tau la mak dia suruh kahwin dengan Sa’adah. Tau la anak dia perlukan sorang ibu. Tau la dia tak tahu pasal kerja2 dapur. He can even handle a big fastfood franchise, tapi mak sendiri pun tak bole handle.. Memang bagus, sangat soleh. Bro kalo tak tau buat kerja dapur, makan je la kat luar. Jaga anak pun, anak dah besar la bukan baby lagi. Kalau tak ready lagi, cakap je kat mak “I tak ready la Mak. Next month la I fikir balik OK”.

5. Watak Mak : Apa masalah makcik ni sebenarnya? Kejap ada kejap takde. Kejap muncul kejap tak muncul. Dia ni duk mana? Macam time2 tak diperlukan, ada je la dia kat rumah besar tu. Time2 lain, tak ada pulak. Mana pegi entah. Nak kata duk asing, asik ada je muka dia di saat2 tak diperlukan. Nak kata duk sama, macma tak duk sama.

Mungkin dia duk di banglo depan rumah Tajudin. Macam Francis Yeoh dengan mak dia kot.

6. Watak Suami Mithali : Takde nampak pun dia rindukan arwah bini dia. Nampak happy berbini baru ade la  Sebab tu takleh tengok barang2 arwah isteri dia, sebab nanti teringat2 pulak.

7. Tajuk : Apakah tunjang? Akar tunjang? Saraf tunjang? Kenapa tunjang? Apa kaitan tunjang dengan perempuan tu? Kenapa kena tunjang, bukan tanjung ke, tiang ke.

8. Watak Orang Gaji Lagi : Tak puas hati betul lah. Tolongla kasik contoh in real life orang gaji lawa cenggitu.

9. Ending : Macam tu je?

10. Hajar Beri Hak Penjagaan Pada Sa’adah : Orang tu kan ada laki, apsal tak kasik kat laki dia je yang jaga. Sa’adah ni nak jaga anak tiri si Alif tu lagi, anak sendiri lagi, nak kene jaga baby orang pulak (walaupun anak buah dia jugak). Kesian la kat dia… dahla kematian suami, kaya memangla kaya.. tapi kaya2 pun ada perasaan jugak. Ada rasa penat jugak.

11. Watak Azlina Yang Tak Cukup Gedik : Tak gedik pun. Azlina semua baik2  (Irma Hasmie boleh perbaiki lagi. Cuba belajar dengan Fasha Sandha, Fazura ke, Elly Mazlein ke).

Banyaknya komen aku. Ni karang ada je la yang sound “Kalau rasa macam bagus sangat, buatla drama sendiri!”. Jawapan saya “Sebab tak bole buat drama sendiri tu la yang kecoh2 kat blog ni. Kalau boleh buat sendiri, dah lama dah I buat”

Tapi saya suka budak kecik tu, namanya Haikal Iskandar. Pandai dia berlakon.

Tahniah kepada Ajami Hashim (penulis skrip) atas skrip sulungnya dan krew produksi, kerana berjaya menyogok kami hingga terpaksa menangguhkan kerja2 rumah dan makan tauhu bakar!

*Apasal la review saya ni teruk2 aje. Adakah sebab memang tak berapa best atau pun sebab emo sebab hanya dapat tauhu bakar di kala mata dah mula nak terkatup. Ada lagi benda nak ditulis tapi bila difikirkan ianya takde yang bagus pun, simpan aje la kan. Ehhh tapiiii tapiii kaaaaannn saya bukan kutuk tau, respond dari penonton dan komen membina tu.

ulasan oleh Waiem

REF: waiem.blogspot.com

Hero dia agak kureng.

Tapi akan konsentret pada skrip nya saje...hehe

Sedikit komentar selepas menonton :

1. Kadang-kadang tidak adil rasanya nak kaitkan kisah peribadi seorang pelakon tu dengan kisah dia dalam lakonan cerekarama. Tapi sesungguhnya ia sedikit sebanyak akan memberikan impak pada penonton. Lelebih lagi artis Malaysia ni. Pi mai pi mai tang tu jugak. Dekat dengan kita. Hari-hari masuk akhbar citer pasal kontroversi dia, gosip sini, gosip sana. Jadi bila seorang artis yang dah pernah terlibat dengan kontrobesi negatip kemudian melakonkan watak baik, penonton rasa nak loya. Tapi tu la, tidak adil tapi what to do

2. Contoh, masa part Tajuddin lakonan Norman Hakim menangis sewaktu kematian isterinya Salima. Teman serumah perempuan saya komen spontan, "Hai isteri mati menangis ke? Isteri dalam pantang ko buat hal, ini isteri mati apa lagi menari lah, buat apa nak menangis"

Pada hal tak de kaitan pon dengan jalan citer cerekarama itu

3. Kalau tak kerana Bro Ajami Hashim sms mengenai citer ni, saya pon tak berminat nak menonton. Tak de feel tengok lakonan hero huhu

4. Jadi tumpuan hanya pada skrip saja

5. Perkara yang disukai :

~ Pilihan lagu yang best. Antaranya lagu Rawan nyanyian Azharina. Salah satu lagu balada peberet saya. Ciptaan Hazami

~ Twist yang menarik di akhir jalan citer. Sebab saya fikir lain tapi dia keluar lain.

~ Rozita Che Wan kelihatan begitu ayu dan natural tanpa bulu mata palsu dan rambut palsu kekeke

6. Rasanya pembantu rumah arwah Salima itu terlalu cantik orang nya sebagai pembantu rumah

7. Sekalung tahniah buat tim produksi

8. Buat penulis skrip Tunjang Sa’adah, tahniah sekali lagi. Percubaan yang baik. Semoga berkarya dengan lebih gemilang lagi di masa hadapan

9. Skrip paling tak larat dengar dari mak Tajuddin, lepas Tajuddin marah isteri dia Sa'adah sebab dia sangka Sa'adah pakai kain batik arwah bini dia

"Kau ni kenapa Tajauddin? Kau nak jadik macam pasangan dalam drama Melayu yang bergaduh setiap hari??"

Hahaha. Macam tau je citer apa

10. Akhir kata, kurangkan kontrobesi, tingkatkan prestasi. Nak cukupkan 10 poin hehehe

ulasan oleh Iskay & Sideworld

REF: FACEBOOK-FANPAGE

oleh Iskay


TUNJANG SA'ADAH @ TV3 [Cerekarama], Sabtu 14 November 2009, 10.00 malam

Lakonan yang baik dan berkesan dari Norman Hakim sebagai Pelakon Lelaki Pemegang Watak Utama dalam telefilem ini.

Calon yang berkelayakan untuk Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik kategori Drama TV.

Lakonan yang kurang bernyawa dari Rozita Che Wan. Watak yang sebegini berat dan mendalam bukan makanan yang sesuai untuknya; sekurang-kurangnya buat masa ini.

Lakonan Norlia Ghani ringkas namun tepat cara penyampaiannya [pelakon berpengalaman, kan?]. Sisi Norlia Ghani yang lebih serius terserlah dengan berkesan dan meyakinkan.

Pati cerita yang bagus. Subjek cerita yang menarik tentang peranan, fungsi dan cabaran seorang pembantu rumah yang di'up-grade' kepada seorang suri rumah. Namun seandainya penceritaan telefilem ini lebih telus dan jelas, maksud dan mesej yang hendak disampaikan mungkin akan menjadi lebih berbekas di hati penonton.

Jalan cerita dan penceritaannya agak semak dan kurang konsisten dari segi fokus subjek cerita namun tidak tergelincir banyak dari landasan pati cerita.

Motif cerita pula agak kabur dan kurang terurai dengan berkesan akan tetapi rumusan di akhir cerita sedikit menerangi kekaburan ini.

Skrip atau kata bual yang baik, bijak dan menarik. Suatu usaha yang segar dan mencabar pemikiran penonton drama Melayu tempatan.

Banyak sudut visual yang tepat dan menarik. Penataan gambar yang teliti dan terpuji.

Arahan yang kemas bergaya.

Produksi yang berjaya. Walaupun masih belum di tahap sempurna.

Adakalanya masa mungkin membataskan daya usaha.

November 14, 2009 at 12:43pm


oleh Sideworld

Tunjang Sa'adah ~ sabtu, 14 nov 2009. cerekarama 10.mm p.m @ tv3.

Tahniah kepada ajam hashim atas kejayaan yang pertama melunis skrip walaupun ada beberapa kekurangan dari segi jalan cerita dan kekuatan watak.
drama tunjang saadah ini mampu memainkan emosi penonton dengan lebih mendalam sekiranya plot dalam tunjang saadah diperjelaskan dan banyak menyentuh nilai perasaan.

walaupun TS ini menceritakan tentang kesedihan suami terhadap is3 nya tetapi, ia tidak begitu menyentuh perasaan penonton dan bagi saya sebagai penontoh tak rasa ia sampai kecuali babak norman di kubur waktu malam, tayangan imbas kembali tentang majlis perkahwinan norman dan arwah kurang berkesan kerana mereka mempunyai anak rasa lebih baik sekiranya ia mengimbas tentang kegembiraan mereka sekeluarga bersama (norman + arwah + alif) ketika arwah masih hidup..mungkin ia lebih berkesan untuk mengheret penonton kedalam emosi TS.

secara ringkasnya,selepas dan semasa menonton tunjang saadah banyak persoalan yang bermain di fikiran dan ini beberapan komen tentang TS, dimana saya letakkan situasi saya sebagai penonton :
1. persoalan dimana emak tajuddin tu tinggal sebenarnya? kejab ada kejap tak da, tak tahu dan tak jelas sama ada emak dia datang melawat atau tinggal berdekatan atau apa..
2. kenapa alif tak tanya pasal arwah emak dia? kan dia kecil lagi baru tadika, xkan x rindu arwah mak dia.. atau mak dia masa hidup terlalu sibuk sampai xda masa dengan anak sampai anak dia tak tanya pasal mak dia, kecuali 1 soalan masa dia tanyakan saadah takkan tinggalkan dia......
p/s: cerita lebih menyentuh hati jika, alif selalu bertanyakan norman tentang mama,dan dari situ membuatkan norman lebih sedih dan asyik terfikirkan arwah..(lebih releven kot)
3. lawanya orang gaji...
4. kenapa masa si hajar tu masuk rumah, saadah dan abg dia tu wat pe tepacak kat luar rumah, saadah napa x ikut je hajar lari masuk kerumah tu...cm tak logik sebab benda tu takkan berlaku dalam 2,3 minit..
5.apa terjadi pada kandungan saadah

November 15, 2009 at 5:34am

Tuesday, November 3, 2009

Friday, October 30, 2009