REF: BERITA HARIAN
Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my
PADA Ahad lalu, dalam masa terluang pada hujung minggu sempat juga menonton telefilem berjudul Bahang Ravina yang disiarkan menerusi slot Tele Prima di Astro Prima jam 9.30 malam.
Telefilem ini agak menarik, mengisahkan Vina seorang anak yang taat dan patuh kepada ibu bapanya. Dia datang daripada keluarga sederhana. Di sekolah, Vina seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, tetapi dia tidak mempunyai ramai kawan kerana kebanyakan rakan sekolahnya anak orang kaya.
Perangai Vina mula berubah apabila dia mula terpengaruh dengan kehidupan mewah rakannya. Keadaan semakin rumit apabila dia dijanjikan Danny untuk menerbitkan album. Vina yang gembira dengan janji itu meminta kebenaran ibu bapanya. tetapi permintaannya mendapat tentangan keras.
Ibu bapanya melarang Vina daripada berjumpa dengan Danny lagi. Hubungan mereka sekeluarga menjadi lebih tegang sehinggalah Vina mengambil keputusan keluar rumah untuk bersama dengan Danny dan juga untuk merealisasikan impiannya dalam bidang muzik. Ayah Vina yang selama ini curang dengan ibunya mula sedar kesalahannya dan kembali ke pangkuan keluarga.
Lakonan Nabila Huda sebagai Vina seorang gadis yang lembut kemudian berubah watak menjadi kasar memang sangat berkesan. Cuma yang menjadi tanda tanya apabila melihat Jasmin Hamid yang memegang watak sebagai ibu.
Bukan kerana lakonannya sebagai ibu tidak bagus, tetapi penampilan Jasmin sangat berlebih-lebihan dan tidak realistik. Apa tidaknya, Jasmin dalam telefilem hanyalah seorang wanita kampung yang hidup serba sederhana. Tidak mungkin wanita kampung memakai bulu mata palsu yang tebal dengan rambut warna keperang-perangan.
Mungkin sebelum membintangi telefilem Bahang Ravina, Jasmin Hamid juga terbabit dalam produksi lain sehingga tidak sempat untuk menukar bulu mata dan memakai rambut palsu.
Terdahulu, pada hari Sabtu, menonton telefilem Tunjang Sa’adah dalam slot Cerekarama di TV3. Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Rozita Che Wan, Norman Hakim Nadia Mustapha, Irma Hasmie dan Norlia Ghani. Ceritanya mengenai Sa’adah yang diberhentikan kerja oleh Tajudin yang kematian isterinya, Salima.
Tema keseluruhan drama ini masih berlegar-legar kepada perebutan harta, wang selain berkaitan dengan cinta. Kali ini penampilan Rozita Che Wan sebagai Sa’adah agak berlainan dengan telefilem ini apabila dia tidak bersolek tebal seperti dalam drama lakonannya sebelum ini. Cuma watak Sa’adah yang asyik menangis sangat melemaskan. Begitu juga dengan gelagat Sa’adah asyik mendail telefon bimbit sedangkan dia tahu Tajudin sudah mematikan telefon bimbitnya.
Apabila kita memerhati drama atau telefilem tempatan, bukan cerita yang jadi masalah, tetapi tingkah laku pelakon yang tidak kena dengan gaya. Ini lebih-lebih lagi kepada pelakon wanita yang asyik nak dilihat cantik sepanjang masa walaupun dalam babak di dapur, sedang menyapu di halaman rumah di kampung dan banyak lagi.
Penontonnya bukan bodoh sehingga tidak boleh membezakan pelakon yang memakai rambut palsu yang keras, kaku atau sentiasa elok saja walaupun dalam babak baru bangun tidur.
Paling lucu apabila pelakon wanita yang memakai bulu mata palsu ‘tiga tingkat’ sekalipun hidupnya susah atau sederhana dan hanya menjadi tukang jahit seperti yang ditunjukkan oleh Jasmin Hamid dalam Bahang Ravina.
Gelagat pelakon wanita yang sentiasa nak ‘control’ cantik tanpa mengira apa watak yang dipegangnya ini memang pelik dan melucukan. Wataknya sedih. Lakonannya bagus tetapi kita rasa nampak lucu pula apabila melihat aksi pelakon wanita ‘control’ cantik ini kerana walaupun melakonkan watak wanita kampung yang daif, tetapi mereka tetap cantik dengan bulu mata yang tebal, rambut keperang-perangan dan solekan tebal berlapis-lapis.
Inilah realiti pelakon wanita kita. Kita tidak tahu adakah ini menonjolkan kebodohan atau kejahilan pelakon itu sendiri dalam menghayati serta memahami watak yang diberikan? Atau apakah ini disebabkan kegagalan pengarah, penerbit , penolong penerbit, penata seni, busana, jurusolek, bahkan pihak stesen sendiri mengawal serta memerhati gaya penampilan seseorang pelakon yang tidak kena pada watak yang dibawakan?
Bagi adegan di kampung, sering kita lihat babak ‘menyapu setempat’, baju yang tidak kedut langsung mungkin pakaian yang dipakai baru dibeli dan sebagainya.
Dalam Bahang Ravina juga kita sekali lagi dipaparkan babak klise iaitu Fauzi Nawawi memarahi Nabila. Kenapa untuk babak marah ini, Fauzi mesti hendak menengking sekuat hati sedangkan orang yang dimarahi hanya berada di depan mata? Manakala dalam Tunjang Sa’adah, ada juga babak menimbulkan tanda tanya apabila Tajudin (Norman Hakim) bermalam di rumah Azlina (Irma Hasmie)?
Ia babak yang sangat mengelirukan kerana Tajudin memberhentikan Sa’adah selepas kematian isterinya kerana tidak mahu bersama wanita bukan muhrim tinggal serumah.
Perkara ini nampak remeh, tetapi sebenarnya ia menunjukkan kecuaian pengarah dan rasa tidak tanggungjawab pelakon terhadap watak atau peranan yang diberikan. Bagi kebanyakan pelakon, mereka hanya tangkap muat dan buat ikut suka hati tanpa memikirkan watak yang mereka sandang itu sepatutnya perlu disesuaikan dengan keadaan sekeliling, suasana dan masa.
Oleh itu, walaupun ia tidak membabitkan isu sensitif, tetapi pihak stesen TV juga harus memantau perkara ini supaya aspek ‘kejahilan’ ini tidak terlepas pandang atau terus disiarkan seolah-olah hendak memperbodoh-bodohkan penonton pula. - zainuri@bharian.com.my

No comments:
Post a Comment