"Kematian Salima seolah-olah menguburkan sama hidupku. Tak kusangka, ajalnya juga melahirkan cinta teragungku pada tinggalannya. Namun semuanya berakhir dalam bauran ironi..sayu dan gembira." ~ Sa'adah

TUNJANG SA'ADAH's Fan Box

Friday, November 27, 2009

INFO PRODUKSI

PRODUCTION CREWS

Haizul Anafer Ali - Director
Azrul Abd.Rahim- PM
Norhayatul Syima - AD
Mohd. Adnan - AP
Azhar Aziz - DOP
Azhari Md.Nor - Audio
Asri Kamaruddin - Lighting
Safuan Hadi - Asst. DOP
Darul Nizzam @ D'zam - Propmaster
Ade Putra, Shahrul, Abd Hadi - Asst. Prop
Azly Fatulamry Basri @ Effa - Makeup
Norhanisa Abd.Hamid - Handy/Runner


CASTING

Rozita Che Wan - Sa'adah
Norman Hakim - Tajudin
Nadia Mustafa - Hajar
Shahrulzaman Kamaludin - Haidir
Irma Hasmie - Azlina
Norlia Abdul Ghani - Mak Badar
adik Haykal Iskandar - Alif
Nurul Akma - Salima
Nasir Bilal Khan - Penjaga Kubur (cameo)


SINOPSIS


Kisah ini berkisar di sepanjang kehidupan Sa’adah (33), seorang wanita bujang yang bekerja sebagai orang gaji dimana akhirnya dia dinikahi oleh majikannya sendiri di Kuala Lumpur.

Tajudin (35) ialah majikan Sa’adah juga seorang franchiser restoren makanan segera yang baru sahaja kematian isterinya, Salima (33) kerana sakit barah payudara. Tajudin terpaksa menjaga anak tunggalnya Alif (6) dengan tidak terurus dan mengalami trauma kerana tidak dapat menerima kematian Salima.

Sa’adah yang sudah lama berkhidmat untuk Tajudin, Salima dan Alif terpaksa diberhentikan kerja dan pulang ke kampungnya semula di Perak. Ini adalah kerana Tajudin tidak boleh tinggal serumah dengan wanita bukan muhrimnya walaupun dia sangat memerlukan Sa’adah untuk menjaga Alif.

Sa’adah merasa sedih kerana dia sebenarnya tidak mahu pulang ke kampung semula sebab hubungan dingin dengan kakak iparnya, Hajar (28). Ini semua berpunca dari sikap ‘queen control’ Hajar terhadap abang kandungnya, Haidir (35). Tambahan lagi Hajar sedang cuba sedaya-upaya menyuruh suaminya meminta Sa’adah menukarkan nama di atas geran tanah pusaka yang dimiliki mereka adik-beradik. Hajar mahu pajakkan geran itu kepada pihak bank untuk keperluan nafsu kewangannya. Sebagai jalan keluar, Sa’adah nekad untuk memohon kerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang dan setuju untuk tukarkan geran itu sepenuhnya kepada nama Haidir.

Ibu kandung Tajudin, Mak Badar (60) risaukan masa depan cucunya setelah ketiadaan Salima dan Sa’adah. Mak Badar sedar bahawa dia tak mampu menjaga Alif kerana masalah kesihatannya yang mengidap penyakit darah tinggi dan semakin uzur.

Pada waktu yang sama, seorang ejen insuran, Azlina (28) yang menguruskan tuntutan insuran nyawa Salima yang bernilai RM500 ribu semakin intim merapati Tajudin. Mak Badar gusar dengan sikap miang Azlina lalu memujuk Tajudin untuk menikahi Sa’adah kerana Alif sangat memerlukan Sa’adah sebagai ibu ganti. Tajudin tiada pilihan lain.

Akhirnya Tajudin terpaksa melamar Sa’adah pada hari pemergiannya ke Pulau Pinang. Namun pernikahan itu tanpa sebarang perasaan cinta hanyalah bulat-bulat kerana kepentingan hak penjagaan Alif sahaja. Sa’adah kembali ke Kuala Lumpur bergelar seorang isteri dan ibu tiri. Perkahwinan ala kontrak Tajudin-Sa’adah itu menimbulkan satu-persatu konflik rumahtangga yang menjadi serius hari demi hari.

Saksikanlah kesudahan kisah Tunjang Sa'adah ini di slot cerekarama TV3 akan datang Sabtu, 14 November 2009, pukul 10 malam!

WATAK DAN PERWATAKAN

SA’ADAH (33 tahun)
Seorang wanita kampung tetapi mudah menyesuaikan diri dengan gaya hidup di bandar. Berjiwa kental, penyabar, penyayang dan berdikari. Suka memasak dan pandai mencipta resepi baru. Berkawan rapat dengan Salima semenjak kecil sehingga sanggup menjadi orang gaji Salima kerana mahu menjaga kebajikan Salima sekeluarga terutamanya menjadi penjaga Alif. Sikapnya disenangi oleh Mak Badar, ibu kandung Tajudin. Tidak disukai oleh Hajar, kakak iparnya kerana konflik kekeluargaan. Rela bernikah dengan Tajudin kerana terlalu sayangkan Alif dan juga kerana tidak mahu tinggal di kampung bersama Hajar. Dia adalah contoh seorang isteri dan ibu mithali.

TAJUDIN (35 tahun)
Seorang franchiser restoren makanan segera yang tegas, ego dan panas baran. Sangat sibuk menguruskan perniagaannya sehingga kurang menumpukan perhatian kepada keluarga terutamanya Alif. Menjadi trauma dan hilang arah hidup setelah kematian Salima. Menikahi Sa’adah atas dasar tiada pilihan terbaik lain untuk penjagaan Alif dan setelah dipujuk oleh Mak Badar. Awalnya, dia tidak langsung mencintai Sa’adah malahan masih menganggapnya sebagai orang gaji bukannya status isteri. Akhirnya menyedari kesilapannya dan menyanjung pengorbanan Sa’adah tetapi sudah terlambat.

HAJAR (28 tahun)
Seorang wanita yang boros, queen-control, suka berhutang, bercakap nyaring, kasar, penghasut, pendengki dan pemalas. Tidak menyukai Sa’adah tinggal di kampung bersamanya kerana takutkan Sa’adah mengambil semula rumah dan tanah pusaka milik Sa’adah yang hendak dipajakkan olehnya.

AZLINA (28 tahun)
Seorang wanita yang moden, gatal, seksi, petah bercakap dan bekerja sebagai ejen insuran nyawa untuk tuntutan kes kematian Salima. Tidak disenangi oleh Mak Badar kerana sikap gediknya. Suka melayan kerenah Tajudin hanya atas dasar hubungan ejen-pelanggan insuran sahaja. Sebenarnya dia merahsiakan rasa simpati dan tanggungjawab terhadap keluarga Tajudin tanpa pengetahuan sesiapa pun.

MAK BADAR (60 tahun)
Seorang wanita tua yang sangat sayangkan cucunya, Alif. Mengidap penyakit darah tinggi yang serius dan tinggal serumah dengan Tajudin. Cuba memujuk Tajudin sedaya-upaya untuk menikahi Sa’adah demi menyelamatkan masa depan Alif. Tidak menyenangi sikap Azlina yang gatal.

HAIDIR (35 tahun)
Seorang lelaki, suami dan abang kandung Sa’adah yang menjadi mangsa di tengah-tengah konflik di antara Sa’adah-Hajar. Tidak berpendirian tegas dan mudah terhasut dengan desakan isterinya.

ALIF (6 tahun)
Seorang budak lelaki yang manja dan petah bercakap. Tidak begitu mesra dengan bapa kandungnya, Tajudin. Sangat sayangkan Sa’adah seperti ibu kandungnya sendiri. Hubungan Alif-Sa’adah sangat rapat kerana kebanyakan masa dia dipelihara oleh Sa’adah sejak dilahirkan. Kerana hubungan itulah menjadi alasan kukuh kenapa Sa’adah terpaksa dinikahi oleh Tajudin.

PELAKON-PELAKON TAMBAHAN

SALIMA (30an)
- cameo dalam rakaman video perkahwinan Tajudin-Salima.
- cameo seakan ‘hantu’ semasa Tajudin pulang dari kerja yang sebenarnya ialah Sa’adah.
- terpampang dalam gambar-gambar keluarga Tajudin di dinding rumah.
PENJAGA KUBUR
PELAYAN RESTORAN
PEMANDU BAS
PEMANDU TEKSI
ORANG-ORANG KAMPUNG – majlis tahlil
WANITA & ANAK LELAKINYA – dalam Kancil


*dirakam oleh batangkali02

5 comments:

adie said...

as'kum..picture or video krew n prop xde ke...??

kami pn trut menjaye kn drama ni...

Ajami Hashim said...

Salaam adie,

tgh diusahakan katanya! huhu! sabar ekkk! kita upload skit2 until tx 14 nanti! muahhh! :-)

Unknown said...

Apa lagu tema citer ni?

adie said...

its ok la...

Hernee Nazir said...

mmg best cite ni.. tahniah!